Friday, May 28, 2010

EXAM!

28 MEI 2010(176 Hari lagi to SPM)


Alhamdulillah, kami sedang menempuhi salah satu daripada 1001 ujian getir yang biasa didepani students form 5. UJIAN PERTENGAHAN TAHUN! Ah, dan selepas berakhirnya ujian ni, next ujian adalah trial, dan seterusnya SPM!

Walaupun dalam tempoh ujian yang sudah sedia ada tegang, otok kami ditegangkan lagi secara maksima dengan adanya kelas-kelas tambahan. Merungut? Mana mungkin. Sebenarnya kelas-kelas tambahan ni la yang banyak membantu. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih yea pihak sekolah =D

Oh, dan tiap kali ujian tiba, isu-isu hangat yang sering menjadi tutur perbualan hari kami adalah
  1.  Bahasa ARAB, nak hafal karangan apa
  2. Additional Maths, takkan nak fail lagi
  3. FIZIK, KIMIA, BIO... Arghhhhhh
Tapi tak mengapa. Tingkatkan usaha. Tambah ilmu, tambah iman, tambah amal. Insya-Allah kejayaan menanti di hujung jalan. Doakan kami